Pengurusan dalam islam
October 01, 2019
PENGENALAN
Pengurusan Islam
merupakan satu proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan
matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan al-Quran dan hadis.
Pengurusan Islam juga merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.Islam
agama yang syumul (menyeluruh) dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek
kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang
tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama
manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri
yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan.
Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan
garis panduan tertentu dalam sistem pengurusan.
1.
Berdasarkan objektif pengurusan
islam,
i.
Jelaskan objektif-objektif pengurusan
islam beserta contoh.
Menurut Rasid et al.
(2008), antara kepentingan objecktif pengurusan islam adalah seperti yang
berikut :
1.
Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan
umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan
oleh sesebuah organisasi.
2.
Objektif yang jelas membolehkan segala
sumber serta usaha digerakkan kearah pencapaian objektif.
3.
Perancangan dapat dilaksanakan sebaik
mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini, pengalaman masa lampau serta
tuntutan untuk masa hadapan.
4.
Objektif juga membolehkan pengukuran dapat
dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh dan mengenal
pasti masalah, cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah
yang datang.
Matlamat umum Syariah
(Maqasid Syariah)
Dalam pengurusan islam,
objektif umum sesebuah organisasi sepatutnya tidak lari daripada matlamat umum
Syariah islamiah. Komponen penting maqasid membuktikan bahawa islam ialah sistem
hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu
boleh dilakukan dalam apa-apa urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal dapat
memastikan segala keperluan, kehendak dan kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara.
Dengan mengikut prinsip maqasid Syariah,dapat menjamin serta melindungi maruah,
kepentingan dan serta kehormatan individu di samping menjaga hubungan antara
manusia. Oleh itu, demi mencapai objektif pengurusan islam, strategi,
pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi
perlulah seiring dengan matlamat Syariah islam di samping mencapai matlamat
khusus organisasi itu sendiri.
Maqasid Syariah berasal
daripada perkataan "maqsud" atau "maqsad" yang memberi erti
kehendak, matlamat atau tujuan. Justeru itu, Maqasid Syariah bermaksud
tujuan,natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya
menerusi Al-Quran dan Al- Sunnah.
''Maqasid'' didefinisikan
sebagai mewujudkan kebaikan (manafaah) dan menolak keburukan serta
menghilangkan kemudaratan (mafsadah)
Kepentingan ilmu maqasid
syariah ialah ilmu maqasid syariah adalah suatu cabang ilmu yang penting dalam
islam. Seterusnya, mereka yang memahami konsep Maqasid Syariah akan berasa
kagum dengan keindahan dan kesempurnaan ajaran islam sebagai al-Din. Di samping
mengetahuinya juga merupakan suatu syarat penting untuk berijtihad dan
berkemampuan mengetepikan amalan taqlid buta.
Menurut Imam Syartibi dan
Al Ghazali (2010) , matlamat umum syariah islamiah merangkumi lima komponen
maqasid yang sangat mustahak,iaitu keselamatan akal (عقل) , agama (الدين) ,
harta ( المال ) , jiwa/nyawa (١لنفس) ,dan keturunan (١لنصب) yang setiap
perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan
akal,agama, harta,nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
Antara rantaian lima
prinsip Islam yang asas yang berikut:
1.
Menjaga keselamatan agama
Menjaga
keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam
kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim
dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks organisasi, aspek
keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga
agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak
menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan
keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.
Dalam
masa yang sama, islam mengharamkan segala bentuk perbualan yang membawa kepada
syirik terhadap Allah. Manusia sepatutnya mebuang rasa ingin mencuba dan
membebsakan minda dan kepercayaan dari ajaran-ajaran kurafat, tahyul, bid'ah ,
munafik, ideologi , dan taklid buta merupakan perkara utama yang ditegaskan
menurut susunan atau hierarki maqasid syariah. Contohnya,menilik
nasib,sihir,perkara khurafat dan sebagainya.Oleh itu,cara untuk mengatasinya
ialah setiap muslim hendaklah berhati-hati semasa menjalani kehidupan ini agar
tidak tersasar daripada landasan akidah.
2.
Menjaga keselamatan jiwa
Salah
satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa)
serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya
sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah yang menjelaskan
bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks
organisasi, persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Hal ini termasuklah
unsur keselamatan di tempat kerja atau di sesebuah lapangan perlu
dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa
manusia hendaklah dihindari. Contohnya: Dalam peraturan jalan raya kita
perlulah patuh kepada lampu isyarat agar kita dapat mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan, begitu juga dengan manusia. Allah telah menentukan yang
terbaik buat hambanya, jika kita merasai kesedihan jangan menyakiti diri atau
nyawa sendiri mahupun orang lain sebagai penyelesaian setiap masalah.
3.
Menjaga keselamatan akal
Menjaga
akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. .
Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk
memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t.
Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk
kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat
berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan
untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t.
Oleh
itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang
paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan
daripada Allah SWT yang membezakan manusia dan makhluk yang lain. Akal bukan
sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya pembacaan demi kebaikan
umat sejagat. Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan
berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk
menjejaskan fungsi akal.
Contohnya
segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah sama sekali dilarang dalam islam,
termasuklah minum arak, mengambil dadah, serta memirkan perkara yang tidak
terjangkau oleh akal manusia.
4.
Menjaga keselamatan maruah dan keturunan
Syariah
Islam amat mementingkan persoalan ini. Memelihara maruah dan keturunan manusia
merupakan salah satu matlamat syariah Malah Islam sendiri, dibina atas akhlak
yang mulia. . Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bemaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia".
jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa
ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan
terhomat.
Lihatlah
kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan
ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan
penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu
segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia
adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah
s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia
daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
Contohnya
seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain
lagi. Ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada
terjatuh ke lembah kehinaan. Lantaran itulah, Allah s.w.t. telah mengharamkan
perbuatan-perbuatan ini.
5.
Menjaga keselamatan harta
Menjaga
dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Tt Tidak
dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat
berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat
inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya
yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam
displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat
Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak
dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.
Contoh untuk mendapatkan harta mengikut cara yang
betul, Islam mensyariatkan kaedah pemilikan harta seperti jual beli, sewaan dan
sebagainya. Manakala bagi melindungi keselamatan harta, Allah mengharamkan
jenayah mencuri dan mengarahkan kuatkuasa undang-undang hudud serta
mengharamkan kita memakan harta anak yatim. Pemilikan harta hendaklah
diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya
syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan riba. Di
samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah
Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau
penipuan dalam timbangan.
ii.
Dengan memberikan lima isu yang
sesuai, huraikan tindakan pemerintah agar rakyatnya menjaga keselamatan agama
dan harta.
1. Rasuah
• Tindakan pemerintah menjatuhkan
hukuman kepada pesalah yang melakukan rasuah dan kepada yang menerima rasuah
agar tidak termakan duit haram
2. Merompak
• Menjatuhkan hukuman kepada pencuri.
Hukuman yang sepatutnya dalam islam ialah memotong tangan perompak.
3. Pencerobohan
• Hendaklah memelihara harta organisasi
dan menggunakannya secara berhemah.
4. Ceramah bebas
• Haruslah dijaga agar tidak bercanggah
dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak mengugat akidah yang
dianuti seseorang.
5. Penyelewengan wang
• Setiap individu diberi kebebasan
untuk mencari harta dengan cara yang halal sebagai balasan allah menjatuhkan
hukuman kepada pesalah tersebut.
iii.
Terangkan impak terhadap tindakan yang
diambil oleh pemerintah dalam menjaga ketinggian agama dan masyarakat di bawah
kepimpinannya.
Pelbagai
impak terhadap tindakan yang diambil oleh pemerintah di dalam menjaga
kepetingan agama masyarakat di bawak kepimpinannya.Sebagai pemerintah,sudah
menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas.
Jawatan pemerintah tertinggi sangat penting untuk merealisasikan kewujudan
sebenar umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk
memimpin masyarakat islam di sesebuah negara.Seperti yang sudah diketahui,
Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada
kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali
melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah,
melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan dan perang, memeterai
perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan hukum-hakam syarak
dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah SWT,
mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau
perlaksanaannya.Selain itu, Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan
oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang muslim adalah supaya mereka bersatu
dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah
sesama sendiri. Kedudukan pemerintah di kalangan semua individu umat pula
adalah umpama paksi pada sesuatu bulatan. Dialah yang akan merealisasikan
perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut
amatlah diperlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan masayarakat di
bawah kepimpinannya.Di samping itu,peranan manusia sebagai khalifah di muka
bumi ini dapat direalisasikan melalui organisasi yang mantap terutamanya
melalui sebuah negara Islam kerana ia dipandu oleh prinsip-prinsip pentadbiran
yang segar dan kukuh. Prinsip-prinsip tersebut adalah dasar yang mengikat para
pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran. Dengan itu matlamat kepimpinan dapat
dicapai sebagaimana yang digariskan oleh Allah Taala.Selain daripada yang telah
dinyatakan,pemerintah yang menjaga ketinggian agama dalam pemerintahannya akan
mengamalkan prinsip yang sama di antara
warganegara yang beragama Islam dalam semua aspek kehidupan tanpa mengira
keturunan, bangsa dan bahasa. Begitu juga dengan warga bukan beragama Islam
kecuali dalam jawatan kepimpinan tertinggi negara. Ini bererti pentadbiran
Islam menolak amalan pilih kasih dalam perjawatan, pilih bulu dalam perlantikan
kroni, amalan membezakan pemberian subsidi kerana perbezaan parti politik.
Melalui prinsip ini lahirlah ciri-ciri pentadbiran yang telus, cekap, bersepadu
dan selamat.Seterusnya, masyarakat yang di bawah kepimpinannya akan dapat
menikmati pentadbiran yang telus, fleksibel bersepadu dan penuh tanggungjawab
kerana pemimpin yang meninggikan agama mengamalkan konsep syura di dalam
pentadbirannya. Syura bermaksud kewajipan melakukan mesyuarat dan perbincangan
bagi mendapatkan keputusan dan pandangan yang terbaik secara bersama di
kalangan para pemimpin atau anggota mesyuarat dan pakar-pakar yang dilantik.
Oleh itu sesuatu keputusan dalam pentadbiran tidak harus dibuat oleh seseorang
individu sahaja, sebagaimana tidak boleh pandangan satu individu dipaksa untuk
diterima atau dilaksanakan oleh orang lain tanpa keputusan bersama.Selain
daripada yang telah dinyatakan di atas,pemimpin yang meninggikan agama akan
sentiasa bersifat amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.
pemimpin dan pegawai mesti menunaikan mandat/amanah kepimpinan sepertimana yang
dikehendaki oleh Islam. Mereka perlu menjalankan tugas sebagai satu
tanggungjawab dunia yang berkait rapat dengan nasib mereka di akhirat kelak.
Maka para pemimpin dan pegawai tidak boleh mengkhianati amanah dan
mengabaikannya dengan membelakangkan peraturan-peraturan Islam atau menggunakan
kesempatan untuk mengaut keuntungan diri dan keluarga atau melakukan tindakan
yang merosakkan kepentingan atau kebajikan rakyat dan masyarakat seperti
kezaliman, penipuan dan pembohongan. Tindakan sedemikian boleh melemahkan
pentadbiran dan membawa keruntuhan kerajaan. Melalui prinsip ini al-Imam Ibn
Taimiyyah mengatakan bahawa pegawai-pegawai yang dilantik adalah terdiri
daripada kalangan yang benar-benar berkelayakan dan mampu menjalankan tugas
kerana pemilihan dan perlantikan dibuat mengikut skema pentadbiran yang betul.
Ia juga meletakkan urusan pentadbiran ekonomi dan kewangan negara dalam keadaan
baik dan adil dari segi sumber pendapatan dan kaedah pengagihan. 23 Dengan ini
prinsip amanah dan tanggungjawab ini sudah tentu melahirkan pentadbiran yang
mempunyai akauntabiliti, keberkesanan, ketelusan, bersih. Di samping itu
prinsip ini membuka ruang fleksibiliti dari segi cara dan pendekatan yang
digunakan untuk menjaga kepentingan rakyat dan membangunkan kehidupan
mereka.Secara keseluruhannya,dapatlah disimpulkan di sini bahawa pelbagai impak
yang boleh kita lihat daripada pemerintah dalam menjaga kepetingan agama
masyarakat di bawah kempimpinannya seperti yang sudah dijelaskan. Jelas sekali
bahawa Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap dalam menghidupkan
fungsi kepimpinan dan negara dengan baik seperti yang dinyatakan oleh alQuran
dan ditunjukkan secara praktikal oleh Rasulullah s.a.w melalui amalan secara
langsung di mana ia telah membawa kesan kejayaan dan kesejahteraan yang sangat
hebat dan dapat mengangkat kedudukan umat Islam sebagai umat yang unggul.
Tetapi setelah banyak kepincangan berlaku dalam kepimpinan masyarakat Islam,
maka hilanglah ciri penting umat Islam apabila hilangnya kepimpinan yang
bertakwa kerana dikuasai oleh golongan sekular.
KESIMPULAN
Dalam bab ini, kita telah membincangkan tentang
pandangan semesta Islam tentang Allah, manusia, alam, ilmu dan nilai. Islam
bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai dan
dilakukan oleh manusia. Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang
mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa. Selain
itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka
bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai. Pengurusan Islam dalam
organisasi yang dipimpin merupakan satu wadah ke arah memimpin dan mencontohi
kepimpinan Rasulullah SAW. Pemimpin yang diberi jawatan ketua dalam bahagian
masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi yang dipimpin
mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran.
Keprihatinan dan kebajikan kakitangan merupakan antara elemen yang perlu
dititikberatkan kerana kedua-duanya merupakan tanggungjawab yang akan
dipersoalkan pada hari pembangkitan.
0 comments